Blogger Widgets

Monday, April 1, 2013

La Tahzan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat pagi. Bersyukur ke hadrat ILAHI dengan limpah dan kurnia-NYA, kita masih lagi bernafas di muka bumi ini.

Hari ini, nak cerita sikit pasal hati. Jarang rasanya meluahkan rasa hati sekarang nie. Diluahkan hanya pada YANG SATU, YANG MAHA MENDENGAR, YANG MAHA MENGETAHUI.

Pada aku, hati memainkan peranan berat dalam hidup seseorang insan. Menanggung pelbagai rasa. Memahami diri seorang insan itu sendiri. Hati juga mengukur tahap keimanan kita pada ALLAH. Menjadi tempat menangis kala kita tidak dapat menzahirkan rasa.

Hati juga bisa sakit. Hati juga bisa berkata kata. Membenci serta penuh dengan amarah. Hati juga bisa gelap, dan bisa terang. Hati juga menanggung rasa sayang, rasa cinta, rasa rindu. Hati juga dapat menentukan betapa indah sesuatu. Merasai sesuatu dengan naluri. Hati adalah deria ke enam. Di mana kita tidak dapat melihatnya pada pandangan mata. Tetapi kehadirannya dapat dirasai.

Saat ini, yang boleh kuzahirkan adalah, hati ini terlalu sakit. Sakit menanggung kerinduan. Sakit kerana ia telah memulakan sesuatu yang mungkin tiada penghujungnya. Mencambahkan rasa cinta, dan pohon cinta itu dibiarkan menjalar serta hidup rimbun dalam hati. Dijadikan tempat berteduh kala rindu menyentuh. Aku berdosa, kerana membiarkan rasa itu hidup. ALLAH.

Rasa itu hampir saja mati. Hampir saja pergi. Hampir saja aku meracuninya dengan rasa penyesalan. Tapi kenapa, di saat aku ingin membunuhnya ada yang menikam terlebih dahulu? Kenapa? ALLAH, Hanya ENGKAU sahaja yang mengerti.

Aku bukan pilihan dia. Aku sedar itu. Aku tidak layak mencintainya. Aku sedar itu. Janji diri ini, ingin membiarkan pohon cinta itu terbiar layu, lalu mati dan daun daun rindunya berguguran.

Tetapi aku gagal. Gagal menanggung rasa rindu itu. Ya ALLAH. Ingin saja ku tusuk hati ini dengan belati berbisa daripada menanggung kesakitan itu.

Hanya ENGKAU tempat meluah. Hanya ENGKAU tempat mengadu. Hanya ENGKAU lebih memahami.

"Ya ROBB, andai hati ini pantas mencintainya, pantas berdampingan dengannya, maka cambahkanlah rasa itu dengan restu-MU. Ya ROBB, andai telah ENGKAU tentukan aturan hidup ini bukan dengannya, aku redha. Jauhkan lah segala rasa dan tabahkan hati ini untuk menerimanya."

Sungguh, mencintainya membuatkan aku bahagia. Melihat senyumannya membuat aku tenang. Mengaguminya, membuat hatiku rasai indah. Mencintainya ya ROBB, membuatkan aku lebih dekat pada MU.



Ya ROBB, peliharalah hati ini dari jatuh cinta pada insan yang salah. Jauhkanlah hati ini dari daripada cinta kerana nafsu. Seseungguhnya Engkau Maha Berkuasa di atas setiap hati hamba-hamba MU. Ya ROBB, andai telah ENGKAU aturkan insan yang memiliki hatiku, jagakan hatinya supaya tidak merasai apa yang aku rasai. Mencintai, tanpa dicintai kembali. 


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
"And of His signs is that He created for you from yourselves mates that you may find tranquillity in them; and He placed between you affection and mercy. Indeed in that are signs for a people who give thought."
Verse 30:21, Quran al-Kareem.


Percaya lah pada ALLAH wahai hati.Cinta lah pada NYA sebelum engkau mencintai insan yang dicipta olehnya. Percaya pada apa yang telah dinyatakan oleh NYA didalam al-Quran. Yakinlah pada NYA sebelum engkau yakin mencintai seseorang. Rindu lah pada NYA sebelum engkau merindui seseorang. 

InsyaALLAH, suatu hari nanti, hati ini menemui pemiliknya. Itu janji ALLAH yang menciptakan hamba NYA berpasang-pasangan. 

Buat Muslimah seperti saya, jaga hatimu. Jangan jadi seperti aku. Jaga cintamu, cintailah ALLAH sebelum mencintai insan bernama 'manusia'. 

Sampai disini entry kali ini. Salam rindu buat 'kamu'.



La Tahzan, Innallaha Ma'ana. 


It was a Disaster !

Assalamualaikum w.b.t.

I'm so exhausted after 3 days being at Clinical Experience. And I guess it was a big big and very big disaster for me. Dengan sakit kaki nya, dengan mengejar cross nya. Ya Allah sumpah penat !

Penat memang penat, but I'm excited sebab Sem II nie banyak belajar benda baru. Hehehe. Tadi buat dressing. Ya Allah, teruja sangat sebab dapat cuci luka orang. Yeah, a lil bit disgusting with pus, blood, urine, and persekitaran wad yang berbau ubat. Terus terang lah cakap, siapa yang tak kuat semangat memang akan pengsan kat situ. Kesiannnnn !

Yes, I do love my job right now. Meeting new cases, buat procedure kat orang. Ya Allah, I'm really into this career. Someone have said to me when I asked him "Does it feel great to be a doctor?" and he answered that he enjoyed every second of his life being a doctor, and said to me that there is the fun bits in everything even in the busy life of a doctor. Hehehehe. I guess it happens to me too, right now. Find out the course that you hate before, being the greatest thing you ever did.

Harap harap lah dengan ilmu yang Tina ada nie, Tina boleh apply to relatives or parents sendiri nanti. Yelah. Orang cakap kan, KESIHATAN tu tak boleh dibeli dengan KEKAYAAN. Huhuhu. Buat iklan KKM pulak kat sini. Tapi betul lah jugak kan. Ada duit banyak tapi takleh gunakan untuk ubat penyakit tu pun tak guna jugak. Sepatutnya kita nie takleh lah memudaratkan diri kita and kesihatan yang Allah dah bagi kat kita kan???? Kena jaga bebaik kesihatan tu. Jangan salahkan takdir. Huhuhu.

Sebenarnya, dalam sedar tak sedar, perasaan rindu pada ayah bonda, abang, kakak, adik semua dah bercambah nie. Ya Allah rindu betul pada mereka. But I dont have any holidays until semester break. And guess what, it's on June. Gila babas lah Tina nak menahan rindu kat ayah bonda. Memanglah, orang cakap kalau nak compare dengan yang pergi belajar obesi tu, takkan menang punya. Tapi Tina rasa cukup merana lah jugak sebab Tina nie antara yang termanja dalam family. *perasan* hihihi.

Aritu call emak pun menangis macam nak tertanggal biji mata nie. *toink toink* huhu. Rindu berat !!


Takpelah, orang tua-tua cakap :

Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian, 
Bersakit sakit dahulu,
InsyaAllah, bersenang-senang kemudian. 



Kejayaan tu takkan datang tanpa usaha daripada dalam diri kita sendiri. *cecece berpantun, berperibahasa bagai*

And seriously, sebenarnya nak post satu blog ni pun menaip sampai berjam jam jam jam. Sampai mengantuk rasa. Haha. Buat ape ntah kan sampai jnak post blog yang cikai cikai nie pun amik masa 4-5 jam. Haish. Membazir masa betul lah nie kiranya.

Esok? Shift petang. Paling tak suka shift petang sebab nanti takde kerja. Rasa macam lama je nak tunggu pukul 9 malam nak balik. Haha. Papepun, Tina harap korang semua enjoy your life. Please, love what you do right now. Who knows, It might change your world. Am I right?

Okay, this is weird. I'm so sleepy reading what I'm typing. Okay then. Goodnight.

wassalam.

Lots of love form :